PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan
Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas,
teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan
kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar
professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses
pembelajaran.
“………
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1)
dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri
saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5)
dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang
sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai
pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
………
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang
upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran
yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak
yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi
masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya mereka boleh meningkatkan potensi diri dan bersaing bagi mencapai kejayaan dalam hidup..
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas supaya mereka boleh berdikari dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.....
MM
No comments:
Post a Comment